Nak simpan emas di bank atau simpan di Public Gold?

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Selain simpan emas di Public Gold dengan menggunakan akaun emas GAP, anda juga boleh simpan emas di bank. Terdapat beberapa buah bank di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan menyimpan emas di fasiliti mereka.

Ada bank yang menyediakan akaun simpanan emas di mana anda boleh beli dan simpan emas secara akaun. Dan ada juga bank yang menyediakan bilik kebal untuk anda simpan emas fizikal seperti barang kemas, goldbar dan juga dokumen-dokumen penting seperti sijil kelahiran dan surat perjanjian sekiranya anda tidak mahu menyimpan emas di rumah.

Salah satu sebab kenapa bank menjadi pilihan untuk orang menyimpan emas adalah kerana ianya selamat dan dikawal selia 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Selain dari itu, pelanggan boleh membeli dan menjual emas secara online dan ianya akan terus dikemaskini dalam akaun bank pelanggan.

Bank yang menyediakan simpanan emas

Berikut adalah antara bank-bank di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan simpanan emas.

Maybank

MIGA-i atau juga dikenali sebagai Maybank Islamic Gold Account-i adalah akaun emas Maybank yang disokong dengan emas fizikal berketulenan 999.9 dan mendapat pengiktirafan oleh London Bullion Market Association (LBMA). Emas Maybank boleh dibeli serendah RM10 dan harganya pula dijual mengikut harga pasaran semasa.

Simpanan emas di Maybank boleh dikeluarkan dalam bentuk goldbar dengan berat 1 gram sehingga 1 kilogram. Dan setiap pengeluaran emas akan dikenakan caj bermula dari RM25 untuk 1 gram sehingga RM1,500 untuk 1 kilogram emas.

Untuk buka akaun emas Maybank, anda boleh terus buat secara online melalui laman web Maybank2U.

CIMB

eGIA atau juga dikenali sebagai eGold Investment Account adalah fasiliti simpanan emas yang disediakan oleh bank CIMB. Pembelian emas pertama eGIA adalah serendah 1 gram dan ianya boleh dibeli pada bila-bila masa melalui aplikasi CIMB Clicks.

Yuran tahunan sebanyak RM5 akan dikenakan sekiranya simpanan emas pelanggan kurang dari 5 gram pada 31 Disember. Dan RM10 akan dikenakan sekiranya pelanggan ingin menutup akaun eGIA dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembukaan.

Pada ketika artikel ini ditulis, tidak ada maklumat tentang emas eGIA ini boleh dikeluarkan dalam bentuk emas fizikal.

Bank Simpanan Nasional

Bank Simpanan Nasional (BSN) juga menyediakan perkhidmatan membeli emas melalui perkhidmatan BSN MyGold Account-i. Emas ini disokong oleh 100% emas fizikal dan ianya disahkan patuh syariah.

Pelanggan boleh membeli emas dengan harga serendah RM10 dan juga boleh keluarkan emas tersebut ke dalam bentuk fizikal. Tetapi syarat minima untuk keluarkan emas adalah 200 gram.

Tetapi ingin dimaklumkan juga bahawa simpanan emas di BSN akan dikenakan upah simpanan sebanyak RM0.10 bagi setiap gram emas yang disimpan yang akan dikira pada setiap bulan.

Bank Muamalat

Muamalat Gold-i (MGi) merupakan perkhidmatan menyimpan emas di Bank Muamalat serendah RM10. Cara pembukaan akaun MGi boleh dibuat secara online dan emas yang dibeli boleh dipajak terus dengan Bank Muamalat bagi mendapatkan wang tunai.

Emas di Bank Muamalat boleh dijual serendah 1 gram atau RM10. Dan sekiranya pelanggan ingin mengeluarkan emas tersebut dalam bentuk fizikal, pelanggan perlu membayar yuran penukaran yang akan dikenakan bagi setiap denominasi.

Selain MGi, Bank Muamalat juga mempunyai satu lagi perkhidmatan menyimpan emas iaitu EasiGold App. Namun begitu syarat pembelian emas pertama adalah 2 gram dan jika nak keluarkannya dalam bentuk emas fizikal, pelanggan perlu bayar sebanyak RM73 untuk 1 gram sehingga RM958 untuk 50 gram goldbar.

Nak mudah dan jimat, simpan emas di Public Gold

Setiap bank ada pros and cons dia. Dan kalau nak mudah, anda boleh terus simpan emas di Public Gold. Emas yang disimpan di Public Gold bukan sahaja disokong dengan emas berketulenan 999.9 malah ianya tidak mempunyai caj simpanan.

Jika RM300 yang anda bayar untuk beli emas, RM300 la nilai emas yang anda akan dapat dalam akaun emas Public Gold anda. Tetapi sama seperti bank-bank di atas, setiap pengeluaran emas ke bentuk emas fizikal akan dikenakan caj pengeluaran yang Public Gold namakan sebagai caj premium.

Caj ini bergantung kepada berat dan design emas yang dikeluarkan. Jika emas yang design biasa-biasa, caj premiumnya hanyalah RM15 sahaja. Tetapi jika anda pilih design premium seperti gold bar Disney, Marvels dan sebagainya, caj premium akan jadi lebih mahal.

Sekiranya anda berminat nak mulakan simpanan emas dengan Public Gold, boleh terus daftar akaun Public Gold anda secara percuma di bawah. Dan seterusnya saya akan berikan guide cara sahkan akaun dan buat pembelian melalui WhatsApp.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment