Setiap bulan niat nak simpan duit, tapi selalu tak kesampaian. So apa kata kita ubah dari simpan duit kepada simpan emas setiap bulan.
Tapi macam mana?
Dalam artikel kali ini saya kongsikan tips mudah yang anda boleh praktikkan untuk menyimpan emas.
Tetapkan Budget Bulanan
Tetapkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji untuk simpanan. Kalau 10% tu terasa banyak sangat, asingkan RM100 dari duit gaji kita untuk simpan emas.
Anggap macam duit RM100 itu adalah duit untuk bayar komitmen bulanan yang nak atau tak nak, kita tetap kena bayar setiap bulan.
Simpan Dulu Baru Belanja
Ubah mindset kita yang dulu. Sebelum ni mungkin kita selalu berbelanja macam tak ada hari esok bila dapat gaji. Bila ada duit lebihan (itu pun kalau ada) barulah terasa nak simpan. At the end, memang takde pun duit dalam simpanan.
So kita ubah. Instead of belanja dulu baru simpan, kita simpan dulu baru belanja dengan guna formula ini.
Duit Gaji - Duit Simpanan = Duit Belanja
Bila buat macam ini, kita akan ada duit simpanan (sekurang-kurangnya RM100) yang kita alihkan ke dalam bentuk emas setiap bulan. Baki dari itu barulah kita gunakan untuk belanja tanpa rasa serba salah.
Terus Beli Emas
Dah ada duit simpanan tu, terus alihkan dalam bentuk emas. Tak perlu nak risau sebab awal-awal tadi kita dah buat bajet berapa duit yang nak disimpan untuk beli emas.
So gunakan duit itu dan beli emas Public Gold. Nak beli goldbar boleh, dinar boleh atau kalau macam bajet tak banyak (ada RM100 je), boleh beli emas melalui akaun emas GAP Public Gold.
Sebab akaun emas Public Gold ni kita boleh beli serendah RM100. Dan kalau nak beli emas bawah 10 gram, memang saya galakkan beli melalui akaun emas je.
Rujuk: Harga Emas Hari Ini
So itulah tips ringkas yang dapat saya kongsikan dalam artikel kali ini. Semoga ianya dapat bantu anda untuk menyimpan emas setiap bulan dengan Public Gold.