5 Sebab Kenapa Kena Simpan Emas Untuk Anak-Anak Anda

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Dari kecil memang kita telah diterapkan untuk menyimpan duit. Ada duit lebih je, mesti emak ayah suruh kita simpan. Katanya untuk masa depan, kan?

Tetapi sekarang zaman dah berubah. Ramai orang yang dah celik emas dan mula menyimpan emas. Siap ada yang bukakan akaun simpanan emas untuk anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Dan berikut merupakan 5 sebab kenapa anda kena simpan emas untuk anak-anak anda bermula dari sekarang.

1. Harga emas semakin meningkat

Rujuk pada graf harga emas di atas dalam tempoh 20 tahun. Harga emas sentiasa meningkat dan terus meningkat.

Ketika artikel ini ditulis, harga emas yang paling tinggi pernah dicatatkan adalah pada harga RM316 segram (3 Mei 2023). Dan harga tinggi ini akan jadi rendah dalam beberapa tahun akan datang disebabkan peningkatan harga emas dari tahun ke tahun.

Jadi, mulakan simpanan emas dari sekarang kerana emas yang anda beli sekarang akan menjadi semakin mahal di masa hadapan.

2. Pelbagaikan instrumen simpanan dan pelaburan

Warren Buffet yang merupakan seorang pelabur terkenal di dunia ada mengatakan, “Do not put all your eggs in one basket”.

Yang bermaksud, jangan letakkan ke semua simpanan anda dalam satu instrumen sahaja. Seperti telur yang diletakkan kesemuanya dalam satu bakul, jika bakul itu jatuh atau dicuri, sudah semestinya akan pecah atau hilang kesemua telur yang disimpan.

Begitulah juga dalam simpanan dan pelaburan. Pelbagaikan bentuk simpanan dan pelaburan anak anda dalam instrumen yang berbeza seperti ASB, Tabung Haji dan emas,

Jika berlaku sesuatu kepada ASB, contohnya, maka anda masih lagi ada simpanan di dalam Tabung Haji dan emas yang boleh anda gunakan.

Pelbagaikan simpanan! Diversify!

3. Memupuk kesedaran emas sejak kecil

Sewaktu kita kecil dulu, memang kita tak tahu pun apa itu emas. Malah kita juga tak tahu yang emas ini sangat bernilai dan boleh dijadikan sebagai aset simpanan untuk jangka masa panjang.

Kenapa kita tak tahu?

Sebab kita tidak didedahkan oleh emak ayah kita tentang emas. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh salahkan mereka kerana mungkin mereka juga tidak tahu kerana tidak didedahkan oleh emak ayah mereka (atau datuk nenek kita).

Tetapi, disebabkan sekarang kita dah pun tahu tentang kebaikan emas, hasil dari artikel-artikel yang dibaca, video-video yang ditonton, jadi kita boleh terapkan pengetahuan dan pupuk budaya menyimpan emas kepada anak-anak kita sejak mereka masih kecil lagi.

4. Sebagai peninggalan harta yang berharga

Apa lagi yang dapat anda tinggalkan kepada anak-anak selain ilmu dan harta apabila sudah tiada nanti.

Dengan ilmu, mereka akan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Dengan harta, mereka dapat meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka Bumi ini.

Ilmu dan harta yang ditinggalkan akan menjadi saham untuk anda di akhirat sana. Setiap kali mereka buat kebaikan dan memanfaatkan ilmu dan harta yang anda tinggalkan, anda juga akan dapat bahagian pahala yang akan di bawa ke akhirat nanti.

5. Mindset jutawan yang beriman

Apabila anda mula menyimpan emas untuk anak-anak sejak dari kecil, sudah semestinya anda akan berjaya capai simpanan emas melebihi 85 gram apabila mereka sudah dewasa nanti.

Kenapa 85 gram?

Apabila capai jumlah simpanan emas sebanyak 85 gram, anda sudah pun boleh mengeluarkan zakat. Duit zakat yang dikeluarkan ini akan dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan dan dapat memberikan kebaikan kepada lebih ramai orang.

Hanya orang yang kaya sahaja yang boleh bayar zakat. Dan salah satu cara untuk dapat bayar zakat adalah dengan menjadi kaya dengan menyimpan emas.

Dengan niat yang betul, saya percaya anda akan dapat membentuk mindset anak-anak anda kepada jutawan. Mereka kena jadi kaya. Kaya bukan untuk berlagak sombong. Tetapi kaya untuk dapat beribadah dan bantu lebih ramai orang.

Saya pasti dengan kelima-lima perkara ini akan dapat menjawab persoalan kenapa anda kena mulakan simpanan emas untuk anak-anak anda dari sekarang.

Simpanan emas ini tak wajib pun kena simpan setiap bulan. Ianya boleh disimpan pada bila-bila masa serendah RM100 sahaja dan tanpa komitmen.

Yang penting, kena mula!

Jika berminat untuk mulakan simpanan emas untuk anak anda, boleh daftar dahulu akaun Public Gold secara percuma di sini, Daftar Akaun Junior Public Gold.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment