Akaun emas Public Gold mahupun apa-apa simpanan emas berbentuk akaun seperti Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) tidak dilindungi oleh PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia).
Ianya sama seperti simpanan dan pelaburan yang kita buat dalam unit amanah dan saham di mana ianya tidak dilindungi oleh PIDM.
Jadi, adakah bahaya untuk kita simpan dalam akaun emas?
Ianya bergantung pada syarikat yang menyediakan perkhidmatan simpanan akaun emas tersebut. Kalau Public Gold, kita tak perlu pun risau sebab emas yang kita simpan di Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Pulau Pinang. Dan emas tersebut dilindungi dengan insurans.
Baca: Kenapa saya prefer akaun emas GAP?
Konsepnya sama seperti kita menyimpan emas fizikal seperti goldbar, dinar dan barang kemas di safe deposit box di luar sana di mana caj simpanan yang kita bayar tiap-tiap bulan itu telah pun disekalikan dengan insurans. Jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini pada emas kita, pihak syarikat akan berikan bayaran sebagai pampasan.
Cumanya kalau kita simpan akaun emas di Public Gold, kita tak dikenakan caj simpanan sebab ianya adalah percuma. Kalau harga emas pada hari tersebut adalah RM300 segram, maka RM300 la yang kita akan bayar untuk simpan 1 gram emas dalam akaun emas Public Gold. Best kan?
Bila dah tak perlu bayar caj simpanan emas, maka kos pembelian emas per gram akan jadi lebih rendah dan lebih banyaklah emas yang boleh kita beli.
Kalau anda berminat nak mulakan simpan emas Public Gold, boleh terus hubungi saya di sini, https://wasap.my/601111901911/nakSimpanEmas