Memang susah nak mulakan simpanan emas kalau kita tak tahu bagaimana caranya. Jadi di sini, saya kongsikan dengan anda 3 langkah mudah untuk anda mulakan simpanan dalam emas.
Saya namakan teknik ini sebagai teknik TMB iaitu Tujuan, Matlamat dan Bajet.
T - Tujuan
Anda kena tahu terlebih dahulu apakah tujuan anda menyimpan emas. Tujuan ini berbeza bagi setiap individu.
Ada orang tujuan mereka adalah nak simpan emas sebagai dana perkahwinan. Ada yang simpan emas sebagai dana persaraaan. Dan ada juga yang jadikan simpanan emas mereka sebagai dana pendidikan anak-anak.
Selepas anda dah tahu apakah tujuan anda nak simpan emas, barulah kita pergi ke langkah yang berikutnya iaitu M - Matlamat.
M - Matlamat
Apakah matlamat (target) anda dalam menyimpan emas? Berapa banyakkah emas yang anda nak simpan untuk capai tujuan anda tadi?
Adakah anda nak simpan sebanyak 20 dinar? 100 gram? Atau nak simpan sebanyak 1 kilogram emas?
Matlamat ini sangat berkait rapat dengan tujuan. Jika anda belum menetapkan lagi tujuan dalam step pertama tadi, susah untuk anda tetapkan matlamat dalam step ini.
Gambar di atas adalah rujukan jumlah emas yang perlu disimpan bagi mencapai tujuan tersebut.
B - Bajet
Jadi, sekarang anda dah ada Tujuan dan anda juga dah ada Matlamat. Langkah seterusnya adalah B iaitu Bajet.
Berapakah bajet yang anda boleh letakkan setiap bulan untuk capai matlamat anda?
Adakah 1 gram emas setiap bulan? 1 dinar setiap quarter? Atau 10 gram setiap tahun?
Bila anda dah ada bajet, lebih mudah untuk anda buat pembelian emas setiap bulan (atau bergantung pada bajet yang anda tentukan) untuk capai matlamat dan tujuan anda dalam menyimpan emas.
Contoh Penggunaan TMB
Ok, jom kita ambil satu contoh mudah untuk simpan emas dengan menggunakan teknik TMB ini.
Tujuan saya nak simpan emas adalah sebagai dana pendidikan anak-anak. Jadi T saya adalah Dana Pendidikan.
T = Dana Pendidikan
Next, untuk capai tujuan tersebut, saya meletakkan Matlamat (target) saya sebanyak 30 dinar. So M saya adalah 30 Dinar.
M = 30 Dinar
Next, bajet yang saya ada untuk beli emas pula dalam 2 dinar setiap tahun. So B saya adalah 2 dinar setiap tahun.
B = 2 Dinar setiap tahun
Jadi sekarang dah mudah. Dari sini saya dah tahu cara bagaimana untuk saya mulakan simpanan emas saya.
Apabila saya berjaya beli 2 dinar setiap tahun, dan berjaya kumpul sebanyak 30 dinar, barulah saya capai tujuan saya iaitu menyimpan emas untuk dana pendidikan anak-anak.
Dan dari sini juga saya boleh dapat tahu berapa lama saya perlu simpan emas untuk capai tujuan tersebut. Kiraan mudah dalam 15 tahun baru saya dapat penuhkan dana pendidikan anak-anak saya sebanyak 30 dinar.
Tetapi, mungkin juga saya dapat capai lebih awal tujuan tersebut. Sebab, mungkin bila saya ada duit lebih, saya boleh beli lebih dinar dalam tahun-tahun tersebut. Mungkin dari tempoh 15 tahun, saya dapat cepatkan kepada 10 tahun sahaja.
So sekarang, anda dah tahu teknik yang saya gunakan untuk menyimpan emas. Anda boleh gunakan teknik yang sama untuk diri anda pula.
Seperti biasa, kalau ada sebarang pertanyaan, boleh berikan komen atau hubungi saya melalui email atau WhatsApp. Semoga berjaya.
PS: Sekarang lebih mudah nak simpan emas Public Gold setiap bulan. Kita boleh pilih nak beli emas Public Gold secara auto-debit (duit akan ditolak setiap bulan secara automatik) atau boleh beli emas secara 10 kali bayar yang patuh syariah.
PPS: Minima pembelian emas Public Gold adalah RM100 sahaja.