Pada 11 - 13 Mac 2023 yang lalu, saya berpeluang mengikuti trip Public Gold ke Bangkok, Thailand.
Trip ini adalah insentif yang Public Gold berikan kepada dealer-dealer yang berjaya dapatkan 100 orang new customer dan total sales sebanyak RM600,000 untuk tahun kewangan 2020/2021.
Alhamdulillah, rezeki saya pada tahun itu kerana berjaya capai syarat minima yang ditetapkan. Tetapi disebabkan pada waktu itu dunia dilanda wabak COVID-19, maka trip ini terpaksa ditangguhkan ke tahun ini.
Seramai 100 orang dealer Public Gold yang mengikuti trip ini. Disebabkan terlalu ramai, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan saya dalam kumpulan ketiga.
Rezeki kami kerana trip kumpulan saya ini turut disertai oleh Mahaguru Emas, Encik Syukor Hashim dan isterinya, Puan Jonaina Nordin. So dapat kami dengar perkongsian-perkongsian menarik dari En Syukor dan isteri.
Dalam trip ini, segala penginapan, pengangkutan dan makan-minum ditaja sepenuhnya oleh Public Gold. Siap kami dapat duit poket lagi.
Kami dibawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Bangkok seperti Islamic Centre, Train Market Station, Grand Palace, pusat membeli-belah dan banyak lagi.
Gais!
Dikatakan trip ASEAN atau mini SIP ini hanyalah 1/4 daripada keseronokan yang dirasai dari SIP sebenar. Untuk tahun kewangan 2023/2024 ini, Public Gold akan bawa dealer-dealer ke Switzerland!
Tetapi nak dapat reward SIP ini, kena dapatkan sales sekurang-kurangnya RM1 juta beserta dengan RM3 juta group sales. Fuh!
Bayangkan dengan trip Bangkok yang singkat 3 hari 2 malam ini pun saya dah rasa happy. Bayangkan kalau dapat trip SIP selama seminggu dan ditaja sepenuhnya oleh Public Gold?! Memang seronok tak terkata.
So gais! Kalau berminat nak jadi dealer Public Gold, boleh hubungi saya. Mana tahu ada rezeki, kita sama-sama ke Switzerland dengan trip SIP Public Gold nanti. 😄